Pengenalan Wakaf Tunai

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menjalinkan kerjasama pengurusan dana wakaf tunai dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bagi menggalakkan penyertaan dan sumbangan wakaf tunai daripada masyarakat bagi tujuan pembangunan ummah di negeri Kedah khususnya.
alternative

Objektif

Wakaf Kedah Muamalat merupakan inisiatif bersama antara Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengumpulkan wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat. Dana tersebut akan digunakan untuk membiayai projek-projek wakaf yang telah ditentukan atas persetujuan bersama.

Kerjasama MAIK dan BMMB adalah melalui penubuhan jawatankuasa pengurusan bersama yang terdiri daripada wakil kedua-kedua pihak dan seorang pengerusi bebas.

Melalui kerjasama ini, dana wakaf akan diagihkan ke projek-projek di bawah sektor pendidikan dan kesihatan.

 

Jom Berwakaf

1. Kod QR
alternative

2. FPX

JOM MULA BERWAKAF

Kelebihan Wakaf Tunai

1. Mendapat pahala yang berkekalan

2. Mekanisma Wakaf paling mudah

3. Pelaburan saham akhirat

4. Tidak memerlukan aset tetap untuk berwakaf

alternative